PENGENALAN
Maklumat yang terkandung di dalam blog post ini bertujuan untuk berkongsi kepada pembaca pengetahuan ringkas mengenai pelan membina bengkel dan aliran proses pembuatan barangan seramik.
Cadangan Susunatur Bengkel dan Aliran Proses Pengeluaran Barangan Seramik boleh didapati dihujung artikel ini.
PROSES PENYEDIAAN TANAH LIAT
Tanah liat daripada jenis yang lembut, mudah didapati di tebing sungai terutamanya di negeri Perak dan juga Kelantan. Tanah dijemur sehingga kering dan disimpan di satu tempat (setor) yang kering.
![]() |
| Tanah liat yang dikeringkan disimpan di tempat kering (setor) |
![]() |
| Memasukkan tanah ke dalam mesin pengisar |
Tanah liat yang telah kering dimasukkan ke daiam mesin pengisar (Blunger) yang telah sedia dicampur air untuk memecahkannya kepada partikel-partikel yang lebih kecil (menghancur tanah)
![]() |
| Tanah liat ditambah air didalam blunger |
![]() |
| Tanah yang telah hancur dialir masuk ke dalam bekas takungan |
Proses mengisar tanah liat mengambil masa dua puluh empat jam tetapi bergantung kepada kuantiti tanah yang akan diproses. Tanah liat yang cair kemudian dialirkan ke dalam takungan pemendapan selama sehari.
Setelah menjalani proses ini, tanah yang telah mendap dipam masuk ke dalam mesin pengisar bebola (ball mill). Sekali lagi mengalami proses pengisaran sebelum dipam masuk ke dalam mesin pengayak untuk menapis tanah liat yang telah hancur.
Tanah liat yang telah siap ditapis akan dimasukkan ke dalam mesin penguli (Deairing Pug Mill) bertujuan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap. Tanah yang telah ditapis tadi tahap kepekatannya telah bertambah setelah menjalani proses uli.
Tanah yang pekat ini seterusnya dipam ke dalam mesin "Vibrating Filter Press" untuk mengeluarkan air daripada tanah liat. Tanah liat di dalam mesin ini akan ditekan dari masa ke semasa sehingga air daripada tanah liat benar-benar kering.
![]() |
| Tanah liat dipam masuk ke dalam mesin Vibrating Filter Press |
![]() |
| Tanah liat yang telah menjalani proses pengeringan berbentuk seperti piring berukuran lilit tiga puluh centimeter |
Tanah liat dalam bentuk kepingan tadi akan dipotong kecil untuk dimasukkan ke dalam mesin pemotong untuk membentuk silinder atau lingkaran tanah liat yang akan ditimbang dan seterusnya dibungkus untuk menjaga kualiti tanah supaya tidak berubah.
![]() |
| De-airing Pugmill: Tanah berbentuk silinder dipotong |
![]() |
| Tanah yang siap dipotong dimasukkan ke dalam plastik untuk tujuan pembungkusan dan ditimbang |
PROSES TUANGAN SLIP
![]() |
| Acuan yang sedang diikat |
![]() |
| Slip dituang memenuhi keseluruhan isipadu acuan |
Slip yang telah siap dituang ke dalam acuan dibiarkan selama lima hingga sepuluh minit sebelum diterbalikkan (dikeluarkan semula daripada acuan) supaya sisa-sisa yang tinggal membentuk barangan yang akan dihasilkan mengikut bentuk acuan.
Acuan yang diterbalikkan di atas rak dibiarkan sehingga sisa-sisa slip yang tinggal menjadi kering dan membentuk seperti acuan.
![]() |
| Acuan yang penuh diisi dengan slip diterbalikkan di atas rak |
![]() |
| Barangan yang terbentuk daripada acuan |
PROSES 'TRIMMING"
Barangan yang terbentuk daripada acuan (separuh siap) akan melalui proses seterusnya iaitu proses "trimming/finishing" menggunakan peralatan yang dipanggil "trimming tools".
Barangan separuh siap diletakkan di atas "potter wheel" untuk memudahkan proses "finishing".
PROSES PENGERINGAN
Barangan yang telah siap dilicinkan akan dibiarkan kering untuk memudahkan proses menghias atau memasukkan motif mengikut citarasa pereka setelah dibakar.

PROSES PEMBAKARAN
Proses pembakaran boleh dilakukan sama ada pembakaran secara tradisional ataupun pembakaran di dalam dapur gas. Perkara yang akari diterangkan di bawah adalah pembakaran menerusi dapur gas.
Barangan yang telah siap akan disusun dan dijarakkan antara lima hingga enam inci untuk mengelak daripada pembakaran yang tidak menyeluruh.
Suhu yang digunakan antara 150 hingga 350 darjah celcius mengikut kesesuaian tanah dan keadaan barangan yang akan dihasilkan. Pembakaran ini mengambil masa selama dua puluh empat (24) jam.

MAKLUMAT AM
CADANGAN SUSUNATUR BENGKEL
Cadangan Susunatur Bengkel
ALIRAN PROSES PENGELUARAN BARANGAN SERAMIK
Aliran Proses Pengeluaran Barangan Seramik
• Bahan Mentah
• Penyediaan Tanah Liat (Slip)
• Penyediaan "Plaster of Paris"
• Membuat Acuan
• Penuangan "Plaster of Paris" Dan Campuran Tanah Ke Dalam Acuan
• Barangan Separuh Siap
• Proses "Trimming"
• Pengeringan
• Menghias
• Pembakaran (Dapur Gas)
• Barangan Siap
return to Home Page please click Halaman
CADANGAN SUSUNATUR BENGKEL
Cadangan Susunatur Bengkel
![]() |
| Layout Bengkel Penghasilan Produk Seramik |
ALIRAN PROSES PENGELUARAN BARANGAN SERAMIK
Aliran Proses Pengeluaran Barangan Seramik
• Bahan Mentah
• Penyediaan Tanah Liat (Slip)
• Penyediaan "Plaster of Paris"
• Membuat Acuan
• Penuangan "Plaster of Paris" Dan Campuran Tanah Ke Dalam Acuan
• Barangan Separuh Siap
• Proses "Trimming"
• Pengeringan
• Menghias
• Pembakaran (Dapur Gas)
• Barangan Siap
![]() |
| Aliran Proses Penghasilan Produk Seramik |
return to Home Page please click Halaman

No comments:
Post a Comment